30 sifat wanita yg patut anda tahu
Entah camne tergerak ati aku untuk post entri sal nih...huhu...
Seperti sedia maklum, (ehem2) wanita ni kadang2 mmg la sgt2 unpredictable.Sekejap bley gelak,pastu nanges,pastu senyum,pastu masam.Macam2.Kadang2 nek tension pun ade.haha...Tapi aku telah membuat kajian (kajian la sgt) sal sifat wanita nih.Hope bley membantu lelaki di luar sne utk lebey memahami wanita.(utk sape2 yg nk kenal ak laa)
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. (betul ark?)
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. (ni aku pasti~!!!)
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.Kalau kat tepi jalan? :p)
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. (untungnye lelaki itu) :)
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!! (kan? kan?)
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. (makan puji.Huh~!!!)
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. (psycho...takut...) :(
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (adakah ni menunjukkan wanita lg creative dr lelaki?)
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka< ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. (Ini petanda~!!! Kalau ade pompuan ckp camni je kat ko,maka...jeng! jeng! jeng! paham2 la senirik)
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. (Ataupun bce blog2 org jiwang.Hehe)
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. (Ini kalau kapel mse skolah la)
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!! (still xpuas ati.Apsal nk pk sal ex awk lg?)
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. (Ini pantang.Pay attention guys~!!!)
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati...
(Tapi mereka xnk cintakan lelaki sepenuh hati pun. :( )
27. Senjata wanita adalah airmata!!! (sohih benar~!!!)
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. (Lagi sweet klu korang tanam senirik bunga tu.Jangan bunga taik ayam sudey~!!!) :p
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... (Tapi lelaki selalu dipergunakan oleh wanita ble terlalu caring sgt.Shit~!!!)
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
- Sumbangan drpd blog2 org & diri aku sendiri. Tima kaceh daun keladi.Hehehe...no.3-7 sgt kene ngan diri ak..huhuhu
Comments